Wednesday 8 February 2017

Aktiviti Di Hujung Minggu : Hari Keluarga Jabatan Pendidikan Negeri Melaka


Assalamualaikum dan haii...👋

5 Feb 17 : Hari Ahad yang lepas, aku dan keluarga aku ada sertai Hari Keluarga anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPN Melaka)... Kira nii anjuran Jabatan tempat mak aku bekerja lahh... Dapat juga kami mengisi masa kami dengan aktiviti 'outdoor'... Tak ada lahh duduk melangok je dekat rumah...

Hari Keluarga tu diadakan di Pengkalan Balak... Aktiviti di tepi pantai... Banyak permainan yang ada... Memanah, berkayak, memancing, tarik tali, terompah gergasi, bola tampar, futsal... Ehh, macam-macam lagi lahh... Permainan untuk budak-budak pon ada... Memang seronok...


Aku, mak aku dan kawan-kawannya...

Aku tak lepaskan peluang yang ada nii untuk berkayak... Maklumlah bukan selalu dapat main kayak... Gambar nii masa aku selesai berkayak... Aku duduk je sebab seluar basah masa nii... Ibu jari aku pon dah melecet masa nii sebab aku bersungguh sangat mendayung dengan adik aku...


Pedihnya bila terkena air...😖

Lepas aku berkayak sampai dahh melecet ibu jari... Aku tetap nak main jugak 'game' yang lain... Mana boleh dah datang nak tengok je kan?! Aku pergi cuba memanah pula tapi aku tak puas main sebab sambutan dekat zon memanah nii ramai... Ada dua tiga permainan lagi yang aku main antaranya terompah gergasi... Kumpulan kami main terompah gergasi sampai putus tali terompah tu... Punyalah masing-masing semangat nak menang...


1.. 2.. tariikk ..!!

Nii satu-satunya gambar acara yang ada... Aku dapat dari mak aku... Entah siapa yang ambil gambar ketika ini sebab permainan yang lain-lain tak ada pula gambarnya... Nampak tak aku yang tengah bersungguh dan gigihnya tarik tali tu... Padahal aku 'cikeding' je dalam kumpulan tu... Walaupon jari dah melecet tapi tetap nak tarik jugak... Pedih jangan cerita lahh dengan berpasirnya... Memang 'perghhh' lahh... Masa nii kumpulan kami lawan tarik tali dengan kumpulan semuanya lelaki 'sado' (tak ada perempuan pon kumpulan tu)... Kumpulan kami walaupon ada tenaga perempuan tapi kami mampu bertahan lama dan akhirnya tewas jugak dengan kumpulan tu... Hanya tempat ketiga yang kami raih dalam permainan tarik tali nii...



Kumpulan kami yang banyak raih tempat dalam permainan... Memang terbaik...

Semangat berpasukan... Semua acara ada tempat 1, 2 dan 3... Tu yang berderet dapat 'hamper'... Acara selesai pada pukul 2.45 petang... Sempat lahh kami bergambar satu dua keping sebagai kenangan sebelum semuanya beransur pulang ke sarang masing-masing... Memang kepenatan, keletihan, sakit-sakit badan... Ehh, semualah sakit dengan masing-masing dah bau 'sedap'... Huhuuu~~~ Tapi seronok !! 😄

Sebelum aku tamatkan entri nii... Aku selitkan video pendek kumpulan aku yang gigih duk tarik tali... Entah siapa yang merakam pon aku tak tau... Selamat menonton dan terima kasih kerana gigih membaca entri aku...😉 



2 comments:

  1. menarik kan bila join aktiviti macam ni...dapat hilangkan stres kejap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hilangkan stress selain dpt keluarkan diri dari dibelenggu kebosanan melampau

      Delete