Tuesday, 7 March 2017

Berakhirlah Sudah - Atmosfera (New Version)


Berakhirlah sudah
Kisah kita
Dalam percintaan
Yang menyakitkan
Pengorbananku selama ini
Hanya sia-sia

Cintaku padamu
Begitu dalam, dilubuk hatiku
Benar sungguh-sungguh
Namun semua hancur
Dengan permainan
Dan sandiwaramu

KORUS :

Bila malam tiba di dalam tidurku
Wajah ayumu menghias mimpiku
Namun itu semua hanya menyakitkan
Hati ini .....

Satu hari nanti bila kau bertemu
Dengan seorang kekasih barumu
Janganlah sekali sakiti hatinya
Seperti diriku

(2x)

Kini tiada lagi
Tinggal kenangan
Saat bersamamu akan ku rindui
Airmataku mengalir di pipi
Aku menangis .....



Monday, 13 February 2017

Karya Nurull : "Sunyi"

Gambar hiasan...Sumber : Google

Aku duduk di meja depan
Dalam satu ruang besar, aku mengerling sekeliling
Meja-meja dan bilik-bilik kosong
Tiada berpenghuni
Ternyata aku sendiri
Yang lain sudah pergi melunaskan tugasan hakiki
Tidak mengapa
Kerana aku sudah terbiasa begini

Aku hanya ditemani lagu-lagu
Yang aku mainkan dari kotak digital diatas mejaku
Bagi memecah kesunyian di ruangan ini
Lalu aku capai pen hitam dari dalam laci
Dari aku kebosanan tiada bahan bacaan
Maka aku cipta tulisan ini

Sedang aku ralit bermain kata
Sesekali kedengaran bunyi deringan telefon
Sekejap nanti ada pula orang menghantar surat
Selepas itu kembali sunyi
Dan aku sambung menyusun kata

Ini apa yang aku lalui hari ini
Dan mungkin hari esok...

Wednesday, 8 February 2017

Aktiviti Di Hujung Minggu : Hari Keluarga Jabatan Pendidikan Negeri Melaka


Assalamualaikum dan haii...πŸ‘‹

5 Feb 17 : Hari Ahad yang lepas, aku dan keluarga aku ada sertai Hari Keluarga anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPN Melaka)... Kira nii anjuran Jabatan tempat mak aku bekerja lahh... Dapat juga kami mengisi masa kami dengan aktiviti 'outdoor'... Tak ada lahh duduk melangok je dekat rumah...

Hari Keluarga tu diadakan di Pengkalan Balak... Aktiviti di tepi pantai... Banyak permainan yang ada... Memanah, berkayak, memancing, tarik tali, terompah gergasi, bola tampar, futsal... Ehh, macam-macam lagi lahh... Permainan untuk budak-budak pon ada... Memang seronok...


Aku, mak aku dan kawan-kawannya...

Aku tak lepaskan peluang yang ada nii untuk berkayak... Maklumlah bukan selalu dapat main kayak... Gambar nii masa aku selesai berkayak... Aku duduk je sebab seluar basah masa nii... Ibu jari aku pon dah melecet masa nii sebab aku bersungguh sangat mendayung dengan adik aku...


Pedihnya bila terkena air...πŸ˜–

Lepas aku berkayak sampai dahh melecet ibu jari... Aku tetap nak main jugak 'game' yang lain... Mana boleh dah datang nak tengok je kan?! Aku pergi cuba memanah pula tapi aku tak puas main sebab sambutan dekat zon memanah nii ramai... Ada dua tiga permainan lagi yang aku main antaranya terompah gergasi... Kumpulan kami main terompah gergasi sampai putus tali terompah tu... Punyalah masing-masing semangat nak menang...


1.. 2.. tariikk ..!!

Nii satu-satunya gambar acara yang ada... Aku dapat dari mak aku... Entah siapa yang ambil gambar ketika ini sebab permainan yang lain-lain tak ada pula gambarnya... Nampak tak aku yang tengah bersungguh dan gigihnya tarik tali tu... Padahal aku 'cikeding' je dalam kumpulan tu... Walaupon jari dah melecet tapi tetap nak tarik jugak... Pedih jangan cerita lahh dengan berpasirnya... Memang 'perghhh' lahh... Masa nii kumpulan kami lawan tarik tali dengan kumpulan semuanya lelaki 'sado' (tak ada perempuan pon kumpulan tu)... Kumpulan kami walaupon ada tenaga perempuan tapi kami mampu bertahan lama dan akhirnya tewas jugak dengan kumpulan tu... Hanya tempat ketiga yang kami raih dalam permainan tarik tali nii...



Kumpulan kami yang banyak raih tempat dalam permainan... Memang terbaik...

Semangat berpasukan... Semua acara ada tempat 1, 2 dan 3... Tu yang berderet dapat 'hamper'... Acara selesai pada pukul 2.45 petang... Sempat lahh kami bergambar satu dua keping sebagai kenangan sebelum semuanya beransur pulang ke sarang masing-masing... Memang kepenatan, keletihan, sakit-sakit badan... Ehh, semualah sakit dengan masing-masing dah bau 'sedap'... Huhuuu~~~ Tapi seronok !! πŸ˜„

Sebelum aku tamatkan entri nii... Aku selitkan video pendek kumpulan aku yang gigih duk tarik tali... Entah siapa yang merakam pon aku tak tau... Selamat menonton dan terima kasih kerana gigih membaca entri aku...πŸ˜‰ 



Tuesday, 7 February 2017

De'Fyra Cookies: De'Fyra Candy Dessert Booth

De'Fyra Cookies: De'Fyra Candy Dessert Booth: Assalamualaikum. Hai semua. Selamat datang ke blog De'Fyra Cookies ini di bawah BFF Inspiration Resources. Di sini saya ingin kongsi...

Friday, 3 February 2017

ThrowBack Family Vacation '16 : Terengganu


Assalamualaikum dan salam perpaduan...😊

Laut biru yang cantik..

Tajuk kali nii nak cerita pasal aku punye family vacation lahh... Memang lahh percutian keluarga nii tahun lepas punye... Tapi baru nak cerita hari nii sebab aku tiba-tiba jerr ternampak gambar-gambar nii masa tengah duk belek-belek galeri gambar dalam telefon pintar aku...

Cantik tak gambar air laut tuu?! Pantai bersih, air laut biru jernih... Ini lahh dia Pulau Kapas... Aku masih terkenang-kenang keindahan pantai dia... Memang aku puas hati sangat dapat pergi sana... Cuma satu je yang aku tak puas hati sebab tak dapat nak mandi pantai... Pada awalnya aku ingat aku tak nak mandi pantai, nak celup kaki je... Tapi bila daa sampai dengan tengok air laut dia cantik terus rasa geram nak mandi tapi aku pulak tak bawa baju ganti... Jadinya melepaslah aku... Tengok je lahh sambil celup-celup kaki main air... Tu yang tak puas hati tu... Salah diri sendiri 😭 Berlagak sangat.. Huhuu~~~

Nii lahh pengangkutan yang digunakan untuk sampai ke sini..

Perjalanan dari jeti Marang (kalau tak silap lahh) ke Pulau Kapas nii dalam 45 minit... Aku dengan sepupu sepapat aku ambil tempat duduk dekat bahagian belakang bot sebab boleh tengok air laut selain buat aktiviti 'selfie wefie' hehehee ...

Ini lahh hasil kami ber'wefie' atas bot..😘

Masa dengan keluarga memang best... Hari lain dah sibuk bekerja... Bila ada cuti panjang lahh dapat habiskan masa berkualiti nii... Lagipon bukan selalu jumpa kan?! Bila dah dapat bersama, kita potretkan kenangan manis nii lahh...😍

Sebahagian daripada Kerabat Tok Pah..

Nii baru sebahagian daripada keluarga besar aku... Sempat lahh nak ber'wefie' sebelum melangkah balik... Ada yang tak dapat nak ikut sekali family vacation nii sebab tak ada cuti... Tak ape lahh... Mana tahu percutian keluarga tahun nii dapat berkumpul ramai-ramai... Boleh potretkan kenangan macam nii kan...

Meriahkan macam nii...

Pada sebelah malamnya Kerabat Tok Pah pakat nak makan besar sebelum bertolak balik ke rumah masing-masing pada esok harinya... Masa nii memang riuh... Meriah sangat... Satu meja panjang nii kami 'conquer'... Kami pilih meja kosong paling hujung sekali sebab tak nak mengganggu pelanggan lain nak makan dengan gelak tawa kami...πŸ˜†

Aku dengan siapa?! πŸ™Š

Aku dengan boyfriend aku... Hahahaa... Ramai sangat orang-orang sangka aku dengan dia nii pasangan pakwe makwe... Ish3... Salah tuu... Nii adik aku lahh... Umur dia bawah aku setahun sebab tuu aku dengan dia nampak rapat berdua... Masa nii dia nak ambil gambar dia sorang... Bila aku ternampak dia bukak kamera telefon dia, aku pon menggedik cakap "ambil gambar berdua jom, ngah"... Begitu lahh dia melayan aku... Almaklumlah, kakak sorang je... Adik-beradik perempuan yang lain tak ada... Adik-adik semua lelaki...

4 serangkai nii memang tak boleh nampak kamera..πŸ˜…

Tiba lahh hari terakhir kami berjimba ria di Terengganu... Sebelum balik kami singgah dulu di Masjid Kristal... Sempat jugak lahh ber'swafoto' kata orang... Bila 4 serangkai nii berjumpa memang hasilnya memenuhkan memori telefon masing-masing... Yang jadi mangsa 'snap'kan gambar-gambar kami semestinya lahh kaum sepupu sepapat aku yang lelaki...πŸ˜‚

Sebenarnya, banyak lagi gambar... Bila banyak gambar mesti banyak lagi nak ceritakan... Setakat nii je lahh dulu... Nii lahh serba sedikit cerita percutian keluarga aku yang dapat aku kongsikan... Tunggu 'next vacation' pulak...

#terengganu
#familyvacation'16
#kerabattokpah

Thursday, 2 February 2017

Kenapa Aku Tak Sama Macam Dia?!


Assalamualaikum dan salam perpaduan ...😁

Hari ni jadi 'hakak kau hijau'... hehee... warna hijau kan boleh tenangkan jiwa, sejuk mata memandang...😊

Wahh, dengan tiba-tiba hari ini TERrajin pulak nak meng'update' blog aku yang dah sedikit bersawang sambil melayankan mata yang dahh kuyu dek kerana mengantuk... Tajuk entri seperti yang tertera di atas lahh...

Kenapa yerr?! Kenapa aku tak sama macam dia?! Dia pandai, dia cantik, dia tahu buat semua perkara, dia kaya... ehh ehhh, semua lahh yang orang lain ada tapi tak ada kat aku... Manusia sebenarnya tak pernah rasa cukup... Dah ada lebih tapi nak lebih lagi... Tu namanya tak bersyukur... Aku pon kadang-kadang ada jugak rasa macam tu... Nak jadi macam orang lain... Haaa, gitcheww... Kadang-kadang rasa cemburu dengan orang lain kan?! Tapi kalau kita bersyukur dengan apa yang kita punya hari ini mungkin kita akan rasa cukup... Cuba tanya orang lain pulak... Mesti ada yang cakap "kenapa aku tak cantik macam dia?!" atau "kenapa aku tak sekaya kau?!" atau "best nye life dia tak macam life aku"...

Setiap orang tu ada kelebihan dan kekurangan masing-masing... Biasa dengarkan ayat ni?! Allah bagi rezeki pada kita sama rata sebenarnya cuma dalam bentuk yang berlainan... Mungkin rezeki dia dalam bentuk kewangan, mungkin rezeki orang tu dalam bentuk keluarga bahagia, mungkin juga rezeki kau pulak dalam bentuk ilmu yang banyak untuk dikongsi bersama... Sebab tu dalam rezeki kita ada juga rezeki orang lain untuk dikongsi bersama biar sama-sama merasai nikmat yang Allah bagi, sama-sama bersyukur... Bukannya dengki dengan apa yang orang lain ada... Semoga kita dijauhkan dari tergolong dalam golongan hasad dengki...😊

Monday, 16 January 2017

Karya Nurull : "Tanda Tanya (?)"


Bila dalam hidup kau penuh dengan tanda tanya
Kau akan tertanya-tanya
Apa yang berlaku sebenarnya?
Atau apa yang kau mahu sejujurnya?

Banyak perkara yang kau mahukan
Banyak benda yang kau inginkan

Cuba capai dengan bersungguh
Atau abaikan jika banyak mengeluh

Bukan tanda tanya
Jika alasan yang pertama
Itu kau sendiri yang pilih jalannya

Friday, 13 January 2017

Karya Nurull : "Aku"


Tiada yang istimewa tentang aku
Apa yang aku tahu
Aku si kepala batu
Buat sesuatu
Ikut apa yang aku mahu
Itulah aku ...

Kau,
Jika tak mahu aku
Kau beritahu
Sebelum kau keliru
Kenapa kau pilih aku dulu

Jika kau terima aku seadanya
Kau harus bersedia
Kerana aku banyak ragamnya
Kau belum kenal aku sepenuhnya

Aku cuma tak mahu kau mengungkit
Bila perhubungan kita bertukar rumit

Kau masih sempat angkat kaki
Sebelum kau menyesal nanti