Monday 13 February 2017

Karya Nurull : "Sunyi"

Gambar hiasan...Sumber : Google

Aku duduk di meja depan
Dalam satu ruang besar, aku mengerling sekeliling
Meja-meja dan bilik-bilik kosong
Tiada berpenghuni
Ternyata aku sendiri
Yang lain sudah pergi melunaskan tugasan hakiki
Tidak mengapa
Kerana aku sudah terbiasa begini

Aku hanya ditemani lagu-lagu
Yang aku mainkan dari kotak digital diatas mejaku
Bagi memecah kesunyian di ruangan ini
Lalu aku capai pen hitam dari dalam laci
Dari aku kebosanan tiada bahan bacaan
Maka aku cipta tulisan ini

Sedang aku ralit bermain kata
Sesekali kedengaran bunyi deringan telefon
Sekejap nanti ada pula orang menghantar surat
Selepas itu kembali sunyi
Dan aku sambung menyusun kata

Ini apa yang aku lalui hari ini
Dan mungkin hari esok...

No comments:

Post a Comment