Friday 3 February 2017

ThrowBack Family Vacation '16 : Terengganu


Assalamualaikum dan salam perpaduan...😊

Laut biru yang cantik..

Tajuk kali nii nak cerita pasal aku punye family vacation lahh... Memang lahh percutian keluarga nii tahun lepas punye... Tapi baru nak cerita hari nii sebab aku tiba-tiba jerr ternampak gambar-gambar nii masa tengah duk belek-belek galeri gambar dalam telefon pintar aku...

Cantik tak gambar air laut tuu?! Pantai bersih, air laut biru jernih... Ini lahh dia Pulau Kapas... Aku masih terkenang-kenang keindahan pantai dia... Memang aku puas hati sangat dapat pergi sana... Cuma satu je yang aku tak puas hati sebab tak dapat nak mandi pantai... Pada awalnya aku ingat aku tak nak mandi pantai, nak celup kaki je... Tapi bila daa sampai dengan tengok air laut dia cantik terus rasa geram nak mandi tapi aku pulak tak bawa baju ganti... Jadinya melepaslah aku... Tengok je lahh sambil celup-celup kaki main air... Tu yang tak puas hati tu... Salah diri sendiri 😭 Berlagak sangat.. Huhuu~~~

Nii lahh pengangkutan yang digunakan untuk sampai ke sini..

Perjalanan dari jeti Marang (kalau tak silap lahh) ke Pulau Kapas nii dalam 45 minit... Aku dengan sepupu sepapat aku ambil tempat duduk dekat bahagian belakang bot sebab boleh tengok air laut selain buat aktiviti 'selfie wefie' hehehee ...

Ini lahh hasil kami ber'wefie' atas bot..😘

Masa dengan keluarga memang best... Hari lain dah sibuk bekerja... Bila ada cuti panjang lahh dapat habiskan masa berkualiti nii... Lagipon bukan selalu jumpa kan?! Bila dah dapat bersama, kita potretkan kenangan manis nii lahh...😍

Sebahagian daripada Kerabat Tok Pah..

Nii baru sebahagian daripada keluarga besar aku... Sempat lahh nak ber'wefie' sebelum melangkah balik... Ada yang tak dapat nak ikut sekali family vacation nii sebab tak ada cuti... Tak ape lahh... Mana tahu percutian keluarga tahun nii dapat berkumpul ramai-ramai... Boleh potretkan kenangan macam nii kan...

Meriahkan macam nii...

Pada sebelah malamnya Kerabat Tok Pah pakat nak makan besar sebelum bertolak balik ke rumah masing-masing pada esok harinya... Masa nii memang riuh... Meriah sangat... Satu meja panjang nii kami 'conquer'... Kami pilih meja kosong paling hujung sekali sebab tak nak mengganggu pelanggan lain nak makan dengan gelak tawa kami...😆

Aku dengan siapa?! 🙊

Aku dengan boyfriend aku... Hahahaa... Ramai sangat orang-orang sangka aku dengan dia nii pasangan pakwe makwe... Ish3... Salah tuu... Nii adik aku lahh... Umur dia bawah aku setahun sebab tuu aku dengan dia nampak rapat berdua... Masa nii dia nak ambil gambar dia sorang... Bila aku ternampak dia bukak kamera telefon dia, aku pon menggedik cakap "ambil gambar berdua jom, ngah"... Begitu lahh dia melayan aku... Almaklumlah, kakak sorang je... Adik-beradik perempuan yang lain tak ada... Adik-adik semua lelaki...

4 serangkai nii memang tak boleh nampak kamera..😅

Tiba lahh hari terakhir kami berjimba ria di Terengganu... Sebelum balik kami singgah dulu di Masjid Kristal... Sempat jugak lahh ber'swafoto' kata orang... Bila 4 serangkai nii berjumpa memang hasilnya memenuhkan memori telefon masing-masing... Yang jadi mangsa 'snap'kan gambar-gambar kami semestinya lahh kaum sepupu sepapat aku yang lelaki...😂

Sebenarnya, banyak lagi gambar... Bila banyak gambar mesti banyak lagi nak ceritakan... Setakat nii je lahh dulu... Nii lahh serba sedikit cerita percutian keluarga aku yang dapat aku kongsikan... Tunggu 'next vacation' pulak...

#terengganu
#familyvacation'16
#kerabattokpah

No comments:

Post a Comment