Monday 16 January 2017

Karya Nurull : "Tanda Tanya (?)"


Bila dalam hidup kau penuh dengan tanda tanya
Kau akan tertanya-tanya
Apa yang berlaku sebenarnya?
Atau apa yang kau mahu sejujurnya?

Banyak perkara yang kau mahukan
Banyak benda yang kau inginkan

Cuba capai dengan bersungguh
Atau abaikan jika banyak mengeluh

Bukan tanda tanya
Jika alasan yang pertama
Itu kau sendiri yang pilih jalannya

Friday 13 January 2017

Karya Nurull : "Aku"


Tiada yang istimewa tentang aku
Apa yang aku tahu
Aku si kepala batu
Buat sesuatu
Ikut apa yang aku mahu
Itulah aku ...

Kau,
Jika tak mahu aku
Kau beritahu
Sebelum kau keliru
Kenapa kau pilih aku dulu

Jika kau terima aku seadanya
Kau harus bersedia
Kerana aku banyak ragamnya
Kau belum kenal aku sepenuhnya

Aku cuma tak mahu kau mengungkit
Bila perhubungan kita bertukar rumit

Kau masih sempat angkat kaki
Sebelum kau menyesal nanti