Thursday 2 February 2017

Kenapa Aku Tak Sama Macam Dia?!


Assalamualaikum dan salam perpaduan ...😁

Hari ni jadi 'hakak kau hijau'... hehee... warna hijau kan boleh tenangkan jiwa, sejuk mata memandang...😊

Wahh, dengan tiba-tiba hari ini TERrajin pulak nak meng'update' blog aku yang dah sedikit bersawang sambil melayankan mata yang dahh kuyu dek kerana mengantuk... Tajuk entri seperti yang tertera di atas lahh...

Kenapa yerr?! Kenapa aku tak sama macam dia?! Dia pandai, dia cantik, dia tahu buat semua perkara, dia kaya... ehh ehhh, semua lahh yang orang lain ada tapi tak ada kat aku... Manusia sebenarnya tak pernah rasa cukup... Dah ada lebih tapi nak lebih lagi... Tu namanya tak bersyukur... Aku pon kadang-kadang ada jugak rasa macam tu... Nak jadi macam orang lain... Haaa, gitcheww... Kadang-kadang rasa cemburu dengan orang lain kan?! Tapi kalau kita bersyukur dengan apa yang kita punya hari ini mungkin kita akan rasa cukup... Cuba tanya orang lain pulak... Mesti ada yang cakap "kenapa aku tak cantik macam dia?!" atau "kenapa aku tak sekaya kau?!" atau "best nye life dia tak macam life aku"...

Setiap orang tu ada kelebihan dan kekurangan masing-masing... Biasa dengarkan ayat ni?! Allah bagi rezeki pada kita sama rata sebenarnya cuma dalam bentuk yang berlainan... Mungkin rezeki dia dalam bentuk kewangan, mungkin rezeki orang tu dalam bentuk keluarga bahagia, mungkin juga rezeki kau pulak dalam bentuk ilmu yang banyak untuk dikongsi bersama... Sebab tu dalam rezeki kita ada juga rezeki orang lain untuk dikongsi bersama biar sama-sama merasai nikmat yang Allah bagi, sama-sama bersyukur... Bukannya dengki dengan apa yang orang lain ada... Semoga kita dijauhkan dari tergolong dalam golongan hasad dengki...😊

1 comment:

  1. betul setuju. entri yang menarik diutarakan.semoga kita bersyukur dengan apa yang kita ada.

    ReplyDelete