Tiada yang istimewa tentang aku
Apa yang aku tahu
Aku si kepala batu
Buat sesuatu
Ikut apa yang aku mahu
Itulah aku ...
Kau,
Jika tak mahu aku
Kau beritahu
Sebelum kau keliru
Kenapa kau pilih aku dulu
Jika kau terima aku seadanya
Kau harus bersedia
Kerana aku banyak ragamnya
Kau belum kenal aku sepenuhnya
Aku cuma tak mahu kau mengungkit
Bila perhubungan kita bertukar rumit
Kau masih sempat angkat kaki
Sebelum kau menyesal nanti